Selasa, 24 Juli 2012

KeTAhuiLAh

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
... Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu. 


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak
mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu
maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.


 Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu
seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu
sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk kamu . 


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-
lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau
hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat
perempuan rasa dihargai. 


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu
tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia
mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya
hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-
benar maksudkannya. 


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya
mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan
bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
sikanya. 


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. 
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu..
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. 

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda karena dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda.


Semoga Bermanfaat aamiin ya robbal'alamin ^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

do

Kurs Mata Uang